Saturday, July 30, 2011

I love you husband

I love you husband.


Sayang
Apa yg kukatakan
Apa yg kurasakan
Belum pernah dialami
Demimu segala kukurniakan
Susah kusenangkan
Asal hajat dipenuhi di hati

Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasanku sebenar benarnya

Sampai tubuh tak bernyawa
Sampai ku kepangkuanNya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku tetapkan hadir

Andai dikurnia Syurga
Kan kutunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapanku
Menunggu kau sampai dahulu

Indahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan kutelan
Andai kau mengatakan
Ia madu kepadaku

Oh sungguh
Dan masih lagi engkau bertanya
Sedalam manakah cinta
Lafaz ikrarku buat selamanya

Katakan sayang
Bagaimana harusku hidup
Tanpa dirimu
Sedangkan separuh dari jiwaku
Bersamamu.

:)

For you abang.
Thanks for the sweetest ever moment we spent together in Bali.
Sorry for all the merajuk and mengada ngada.
Sedangkan lidah lagi tergigit abg.. :)
I love you.

- Posted using BlogPress from my iPhone


Balimoon Day 5

Assalamualaikum.

We are going back to Malaysia today! :)



Suamiku yg semakin matang. Hee!


Aku yang semakin comot. Haish!


Bye bye Ramayana Spa and Resort!
Bye bye Bali! :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 29, 2011

Balimoon Day 4

Assalamualaikum.
:)
Esok dah mau balik Malaysia!
Yeay!


Hari ni adalah shopping day. Kami berjoli menghabiskan segala duit yang ada. Beli macam macam utk anak anak buah dan adik adik. :) aku ada ramai adik! 4+5 :)
Sebelum tu, tercapai jugak hasrat aku utk ke Tanah Lot.


Cantik sgt tempat ni. Ombak sgt kuat!


Alhamdulillah. Makan siang hari ni sangat bagus. Rasa macam makan masakan di Malaysia. Ada tomyam and ayam masak 3 rasa. Sangat sedap.

Esok kami akan bergerak ke airport dalam pukul 11. Flightnya pukul 2.45 ptg. Akan tiba di LCCT pukul 5.30ptg. Hasrat di hati tu nak terus balik ke perlis tp lek tak bagi kami drive malam. Jadi, sambut puasa di KL saja.

:)

Ok la. Nak kemas barang.
Nitey!
Assalamualaikum.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Balimoon Day 3

Assalamualaikum.
Salam satu Malaysia dari Bali, hehehe.
Skrg kami berada di Tanjung Benoa.
Aktiviti hari ini adalah Watersports. Yeay!


Kami decided nak amik pakej yg ada 3 games and kami pilih diving, donut boat and turtle island. Hebat weh!


First time pakai baju ni. Geli weh sbb dia mcm melekat kat badan. Bersedia utk diving! Pengalaman diving mmg sgt best. Gambar byk dlm kamera. Siap ada video lagi yg diambil oleh instructor.
Ok lah tu, dpt pengalaman diving srmasa honeymoon. Diving berdua menguatkan lagi kasih sayang antara kami. Hehehe! :)
Lepas siap diving, kami main game donut boat. Hebat! Rasa macam kalau terlepas pegangan pada pelampung tu, mmg melambung ke laut la jawabnya. Hee!
And lastly, baru la kami pegi Turtle Island. Best sangat. Dapat pegang penyu. :)



Lepas aktiviti Watersport, kami melawat tapak pembinaan Dewa Wisnu yang besar amat. Katanya suatu hari nanti patung tersebut akan dicantum cantum menjadi patung terbesar di dunia!


Letih betul perjalanan kami. Next place is Dreamland. Kami berehat di tepi pantai. Sambil foot massage. Hehe.


Masa pun dah petang. Kami dibawa menikmati pemandangan senja di tepi pantai. Sunset. Sangat cantik!


Pemandangan matahati terbenam sangat cantik. Teruja. Kat sini, pukul 6.20 matahati dah terbenam. :)


Ececeh. Romantik gitu!


Lepas tu, apa lagi..makan malam yang hebat! Seafood. Tapi bagi aku, seafood Kuala Perlis tetap da boom!


Sekian.

Semoga rumahtangga kami kekal hingga ke syurga. Amin.
:)
- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, July 27, 2011

Balimoon Day 2

Hello.
Hye Mama! Lek!
Day 2 at Bali is quite tiring. Woke up early in the morning, breakfast, and start our journey to go round Bali. Hurm. Breakfast yg kurang memuaskan. Bg aku yg selalu makan nasi lemak for breakfast and tiba tiba kena makan roti bakar je..so pathetic!
Kat sini, kena selalu berhati hati dengan makanan. Maybe ada makanan yang tak halal. So untuk selamat, makan roti jelah. Dengar suami pesan, kat negara orang, kena banyak bersabar. Huu, baiklah!

Pagi pagi lagi Pak Tres, our driver bawak kami ke Barong and Kris Dance. Tarian ni start at 9am and will finish at 10. So it took us about 1hour gak la kat situ.









Tarian ni actually macam teater musikal. Berkisarkan sejarah kepercayaan penduduk di Bali. Best sangat walaupun ada part yang kami kurang faham. :) for this performance, we have to pay Rp80,000 each.

Then, dalam perjalanan kami ke kawasan volcano di Kintamani, kami dibawa ke tempat pembuatan silver and gold. Tempat biasa je. Dorg tunjuk camna buat rantai/loket perak/silver and bla bla bla.


Next, kami dibawa ke paintings house! Yang ni agak menarik sbb lukisan cantik cantik! Tp kami tak beli pon. Jamu mata je. Hee!


Lepas tu dalam perjalanan yg mengambil masa about 2hours, kami siap tertido tido lagi dalam keta. Hehehe!



Ok. Ni tempat kami makan siang di atas bukit/gunung. Makanan buffet style. Boleh lah tahan...


Katanya ini adalah kawasan gunung berapi. Cantek sgt tempat ni. Sejuk je kat atas ni. Tapi adalah sangat tidak best sebab ramai sangat peniaga kat tepi tepi jalan. Bila kita tak beli dia marah. Ayayayai.


Actually kami nak makan kat tembok ni jugak tapi penuh. Gayat kot makan kat sini.

Lepas sembahyang, kami pun meneruskan perjalanan ke paddy field. Paddy field kat sini bertingkat tingkat. Teruja sekejap melihatnya!








Ok lepas tu dalam pukul 4, kami bergerak turun dan katanya nak ke Tanah Lot. Tapi traffic jam yg luar biasa menyebabkan perjalanan kami terganggu. Asalnya kami nak menikmati sunset di sana. Yela kat sini kan pukul 6.30 dah gelap. Jadinya igtkan sempat la bersunset di Tanah Lot, tapi tak sempat. Jadi kami terus beralih arah ke Warung Nikmat dan langsung ke hotel.

Sampai je ke hotel, rehat rehat dan bermandi mandian..rasa rindu pula pada lek and mama.huhu! Homesick weh! Rasa nak balik sekarang. Rindu nak makan kat rumah. Huhu!
(buruk perangai) Cancel lah trip to Korea!

Lepas tu lapar balik. Ajak la si suami keluar jalan jalan cari makan lagi. :)






Ye! Hati sgt gumbira dapat makan McDonald!! Halal ye kawan kawan.


Perut sudah kenyang. Hati pun gembira. So, time to sleep! Esok nak pegi water sport pukul 9. Tak sabaq! :)

Nitey.
Assalamualaikum.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Balimoon! Day 1

Hye everyone!
Yesterday we arrived Bali at about 5pm. For your information, masa kat Malaysia n Indonesia ni sama je. Tiada perbedaan bak kata pilot semalam. Cuma kat sini subuh pukul 5.15pagi, kul 630 dah cerah di sini. So smlm kitorang smpai hotel at about 6pm. Tiba tiba 6.30 tu dah gelap.

Sepatutnya our flight should be on 11.50. Tp tiba tiba dpt sms dr airasia..cakap semua flight delayed sepanjang bulan ni ke 2.05.. So perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam..agak bosan sbb selalunya aku naik flight from AOR to KUL pun 45 mins je..hehe! Ngada ngada. Abeh tu cane nak gi Korea??

Ok. Sambung cite balik. Semalam smpai je hotel, which is Ramayana Spa and Resort, situated at Kuta, aku rasa lega sangat sangat. Hee! Rehat rehat sat. Punyalah suruh Mizi siap cepat sbb nak ambik pic kat luar kan..sekali dah gelap. Haish!


So, sebab mizi dah janji ngan our tourist guide, iaitu Lisa, utk bertemu at 9pm so aku n mizi pun jalan jalan lah di sekitar bandar/pekan Kuta ni...

Firstly, kitorang gi beli simcard dulu. Penting tu ye! Harganya sgt mahal! Rp250000! Bersamaan MYR 90! Ok kat sini MYR 1 bersamaan dgn Rp2800 ye! Lebih kurang la..

Actually kat LCCT smlm we already bought 1 Axis simcard to be used kat Bali ni tapi tah cane simcard tu taleh guna. Kecewa tau x! Nasib baik yg tu harganya MYR20 je. Hurm..so if korang ada plan nak pegi mana mana baik korang cari simcard kt negara tersebut je.

And lepas dah setel simcard dapatlah aku n mizi contact parents tersayang di Malaysia. Ececeh! Excited!

Then kitorang jalan jalan menuju ke pantai..tp tak sampai pantai pun sebab ada perayaan apa tah.


Takut tak tgk perarakan camtu? Takutt weii. Sebab kita kt negara orang kan..kalau kat negara sendiri takpe.. Yela bak kata orang..hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri kan? :)

Tiba tiba dok jalan jalan tu lapaq la pulak..so misi mencari makan pun bermula lah.my abang ada bgtau suruh p makan kat Warung Nikmat. Yela abg teh aku tu selalu je dtg Bali. Nak mencari jalan ke warung makan tu satu hal. Mulanya kitorang nak naik moto. Tp kena sewa 24hours pulak. So kitorang naik taxi meter je. Malang sekali, warungnya tutup! Driver taxi bawak kitorang makan di restoran bu' tinuk. Sebut betul betul ya! (Mizi sebut 'Ibu Tenuk' haha!)



Sedap la jugak. Tapi menangis gak le aku! Susah nk cari makanan yg ikut selera tekak. Baru la faham perasaan my international students selama ni. Haish!

Actually kedai makan tu tak jauh pun. Tapi sebab taktau jalan. Bila da taxi bawak balik baru rasa cam aik dekatnya! Haha.

Lepas makan and balik hotel tu, kitorang jumpa dgn Lisa. Bincang pasal apa kitorang nak buat esok lusa and tulat. Lisa yg uruskan ground service sepanjang kami kt sini. Dia bg seorg driver merangkap tour guide+innova utk 27-29 July. Dia charge Rp500,000/day. Ok la kot. Husband dia keje kt Kuta Hotel bali. Next time kalau nk dtg bali, dia boleh mtk hubby dia bg bilik yg lg murah n luas. Heee!



Lepas discussion kitorang sambung jalan jalan lagi. Oh ye kat Bali ada SOGO ye kawan2!



Hee! Dah jalan jalan tanpa arah, lepas tu kami pun balik ke hotel. Sebab nanti our driver akan dtg ambil kul 8.30 pagi and subuh adalah pukul 5.15 pagi.









Ni adalah bangunan bangunan yg terdapat di sekitar hotel. Happening! And banyakkkkkk sangat pak polisi. Yelah. Sebab tempat tumpuan ramai.


Ok dah. Tamat cerita Bali Day 1! :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 26, 2011

Realiti kehidupan :)

Salam everybody.
Yea, sejak ada apps blogpress dlm iphone ni makin rajin lak aku menulis. Sedangkan dah ada iphone dekat setahun. Kesian!
Now, im in the flight QZ8396 flying to Bali with my husband. We will arrive Bali shortly. :)





Hurm.
Realiti kehidupan.
Yela aku ni kan cepat mengelamun. So boring boring dlm flight ni sambil dok tgk kot tingkap tu mula la aku mengelamun. Kehidupan aku sekarang dah berbeza. Sangat berbeza. Aku dah jadi tanggungjawab suami aku. Dan aku juga harus..wajib melaksanakan tanggungjawab aku as a wife.
Semalam aku kemas baju kami berdua. Letak dalam satu beg. Ok. Dalam satu beg. Hehe. Rasa pelik, tapi benar. And i feel so great! I did it. :)
Pernah tak terfikir..kenapa kita dipertemukan dgn org yg bersama kita sekarang? I mean, kenapa aku dengan suami aku dipertemukan? Benar lah, Allah dah aturkan yang terbaik utk hambaNya. Kita sebagai insan yang lemah banyak kekurangan. Aku bukanlah insan yang sempurna. Begitu juga dengan suami aku. Dia ada kelebihan dan kekurangan. Aku juga ada kelebihan dan kekurangan aku sendiri. Tapi, bila kami bersatu..bila kami ada for each other. Kami rasa sempurna. Sempurnakanku. :) betul x abg?
Kehidupan berumah tangga..memang byk dugaan dan cabaran. Kesabaran adalah amat penting. Sabar. Jujur. Percaya. Saling mempercayai.. Bagi aku, di saat 'dunia' tak percayakan aku..aku cuma akan bertahan dgn kepercayaan dari suami aku. Dia kekuatan aku di saat 'dunia' melemahkan aku.
:)
Aku tenang sekarang.
Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Aku bersyukur.

P/s : dlm flight tade line.so satgi aku landing baru aku publish entry ni ye! :)



We are at Bali!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Leaving on a jet plane

We are leaving for Balimoon. :)




Abg muka excited! :)




Dah call lek mama tok n family.
Lek cakap rumah sunyi kakak takde. Deqpah pun dah pegi camping. Deq nabil dah balik Melaka. Fais kerja. Chik nak pegi KL lagi.
Tok bawak diri gi rumah Nda Jah.
Hehe. Lek n mama berdua duaan!

27.7 birthday mama. Mama mintak hadiah kereta. Hehehe.
Bagi hadih cucu lah. Bleh? :p

We are at Oldtown White Coffee, LCCT now.




Sini banyak lalat lah!

Ok dah. Nak makan. Yummie!
Doakan kami selamat sampai di Bali ye!

- Posted using BlogPress from my iPhone


Monday, July 25, 2011

Newly wed. :)

Ok. Now i'm using my own iphone. Hehe. Dah installed the apps! :)



So since last friday, we check in at Palm Garden Hotel, Putrajaya. Tonight will be the last night. Hee! Esok check in kat Bali pulak.
On Saturday, Mizi bawak aku p makan kenduri his cousin kat Dewan Merak Kayangan. Hebat gila wedding tu! Terasa berair mata hahaha! Rasa macam nak bersnding lagi lagi lagi! :)
Kat kenduri tu, aku jumpa semua fmly Mizi. Alhamdulillah semua ok. Saya rasa sangat bahagia.

Hari Ahad, pegi shopping tak hingat! And yang paling best, Mizi bawak aku gi rumah my bestfriend, Hadanie kat Subang. Danie skrg dah preggy. Nak masuk 3 bulan dah. Bestnya! :)

Sabaq na.



And..bila dah jadi isteri ni..rasa macam hidup dah lengkap dan sempurna. Rasa dilindungi dan dijagai dengan hebat. Rasa tak perlu nak risau apa apa sebab suami ada. Tapi bukan lah bermakna tak risau apa apa kan. Risau la kalau suami macam letih penat ngantuk..risau kan suami kalau suami lapar ke dahaga ke..risau la jugakkk..

Heh!macam tak percaya pulak aku yang rasa camni. Im a wife now. :)



Alhamdulillah life as a husband and wife lebih bermakna. Terima kasih Allah.
Alhamdulillah.

Now tgh teman Mizi kat carwash. :)



Bye :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

:) wink*

Hye semua!
Gila lama x berblog.
Ok.
I'm now is a wife. To Ahmad Tarmizi Mohd Asarani.
Kami dinikahkan pada malam 15 Julai 2011. Pada pukul 10.10 malam.
Alhamdulillah!






Thanks to all yang mendoakan.
:)

So lepas je kenduri 16 Julai hari tu, aku kena masuk kerja! On Tuesday - Thursday, kena bawak students pegi trip to KL. Pengantin kena dera!

And on Friday, aku terbang ke KL balik utk berhoneymoon.
We are going to Bali tomorrow yeay! Excited! :)


















Ok dah. Im hungry. Nanti aku update lagi! :)

P/s : Ni i guna hp suami sbb dia tak donlod apps ni kat hp i lagi hehehe. Tatata!

- Posted using BlogPress from my iPhone