Da lama tak mengupdate blog! Sibuk sgt dgn byk program di universiti.
And dalam dok sibuk sibuk tu boleh la pulak terjatuh dan tangan kanan terkehel.
Sungguh malang itu memang tidak berbau kan.
Dah dua minggu tangan kanan tak berfungsi dengan baik. Cedera parah. Ingatkan jatuh biasa je.
Ok cane aku bleh jatuh?
Masa tu aku nk alih kereta. Elok je dah start enjin kereta, tiba tiba ada kereta lain masuk tempat ak nk parking tu. So aku pun tak jadi la nak alih kereta. Matikan enjin kereta. Elok je langkah kaki keluar tiba tiba kain tersangkut dekat bawah seat kereta. Lalu tanpa amaran, aku jatuh dan menggunakan tangan kanan untuk menahan diri dari jatuh tersepuk/tergedebuk.
Masa tu tangan kanan rasa kebas and pastu rasa sakit yang amat. Masa jatuh tu pulak nasib baik takde orang nampak. So aku bangun sendiri dengan mengaduh aww aww sbb tangan mmg sangat sakit. Masuk balik dalm kereta and mengenang nasib diri. Tapi tak nangis. Nak call lek, handphone lak dalam ofis. So aku duduk je dulu dalam kereta diam diam menenangkan hati.
Pastu bila dah ok sket, aku masuk ofis and call lek aku. Kawan kawan ofis cam xtau pun aku tenfah sakit. And depa macam tak percaya kot aku jatuh sebab aku ok je. Siap gelak gelak lagi. Tapi padahal tangan tengah sakit nak mampus.
Lepas tu terus aku call lek suruh dtg amik aku. Sbb aku tak bleh drive. Kitorang pegi klinik and xray. Xde retak dan patah.
Tapi rupanya after a week baru aku tau rupanya sendi siku aku dah terkehel. Dislocation.
Huhu.
Ye masa pegi mengurut adalah sangat sakit. Malas nak cerita sebab aku menangis masa mengurut tu ye. Menjerit dan meronta ronta macam orang lupa diri. Sebab sakitnya adalah sakit yang amat sangat.
Hehe.
Sebenarnya kejap lagi aku nk pi mengurut lagi sebab tangan masih tak boleh nak lurus.
Sekarang muka mmg ceria. Balik ngurut satgi takdenye nak seceria ni.
Ok bye.
Anis.
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment