Friday, September 30, 2011

Just 4 u!

Rindu pada suami. Jalan jalan di blog terjumpa ini.

Semoga hubungan ini sentiasa dirahmati Allah.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..






Sumber dari: bincang.net

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 28, 2011

:)

..terasa macam nak pergi suatu tempat yang romantik, berdua-duaan dengan suami tercinta.


Tuesday, September 27, 2011

Open house PTKPI

Assalamualaikum.
Raya dah nak habes kan. Cepatnya masa berlalu. So many things happened.



Gambaq posing kt open house tadi. Tu officemates saya. Makanan byk sgt td tp sikit je yang dijamah.
Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua.
Semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi di Syawal tahun depan. InsyaAllah. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 19, 2011

Majlis bertandang :)

17.9.11 :)





- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 12, 2011

12Sept11

Assalamualaikum friends!

Semalam aku dok pakai inai di jari sendiri. Maklumlah nak jadi pengantin lagi sekali. Kali ni kenduri kat rumah family my husband. Alhamdulillah. Semua dah setel. Hopefully Perlis tak dilanda banjir besar lagi! If not macam mana nak tinggal rumah?? Hurm.

So now in UniMAP students dah masuk belajar. And esok we will have majlis Sambutan Hari Raya for all the International Students and staffs. Tak sabaq nya nak makan dengan hebat lagi! Yummeh!

Ok. Berbalik kepada topik perkahwinan, memandangkan dulu aku pernah cakap yg 17.9 ni aku akan naik pelamin bertiga...nampak gayanya itu hanyalah angan-angan. Takde rezeki lagi. InsyaAllah, masih ada harapan untuk bulan akan datang. Heheee! :)

And one more thing! 17.9 ni aku da start balik kelas Master aku! Malasnyaaaaa! But i have to finish it fast. No matter how. Wish me luck!

Ok lah. Sambung wat kerja! :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 10, 2011

Dewasa.

Sabtu.10sept11.aku berehat di rumah.buat segala kerja rumah.kemas baju.sapu bilik.mop lantai.cuci toilet.phew!




And pelajari sesuatu.
Aku dah dewasa. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 7, 2011

:)

.15 Julai 2011.

:)

Doaku untukmu sayang

Kau mau apa, pasti kan kuberi
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Taukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

P/s : sayang suami saya. :)



- Posted using BlogPress from my iPhone