Thursday, March 3, 2011

4


semalam, lepas makan malam, masa tgh lepak lepak dgn mama and adik adik kat dapur, tiba tiba aku termenjerit.
'eh..eh..tahun ni kakak raya kat rumah mertua lah!'

pastu adik adik semua pandang aku muka pelik.
yea kakak anda agak gila!
:P

hurm, tak pernah terpikir pun semua ni akan jadi begitu cepat.
mudah-mudahan inilah jalan yang terbaik untuk aku.

'we start with the ending, and things will never be the same'

siapa sangka akhirnya aku bakal menjadi suri di hati dia.
rasa yang tak pernah aku sangka akan wujud dalam hati aku untuk dia.
:)

'Walau siapa pun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha. ingatlah dalam diri setiap manusia, telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki ini supaya hidupnya lebih bermakna. dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada si dia. mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.'

.pesanan untuk diri sendiri.

sekian.
:)

No comments:

Post a Comment